Assalamualaikum wbt. dah lama rasanya tak menulis di blog bro-bayu ini. Ye la, katanya nak rehat sebab nak fokus belajar kononya...tapi rasa nak menulis tu membuak-buak. maka banyak idea-idea diungkapkan di medan facebook sahaja. Rakan-rakan bloggers pun ramai dah senyap jer. Mungkin sibuk agaknya...
Agaknya tahun baru 2014 ni bagi semangat balik nak tulis di blog yang tak seberapa ni. Kata orang azam baru. tapi ini bukan azam cuma bila rasa dah lama tak menulis, otak pun rasa tak berapa nak berjalan kan? Post kali ini, bro.bayu rasa nak share le sikit pengalamn duduk kat negara orang. Sebenarnya malu nak cerita sebab tak sampai setahun pun duduk kat Australia ni haa..tapi biarlah, nanti dah tua-tua nanti boleh baca balik post seperti ...boleh jugak buat modal untuk mengimbau kenangan. Kot umur tak panjang, booleh anak cucu baca balik diari ni...agaknya la .Itupun kalau diaorang nak baca.
Duduk kat Brisbane, Australia sebagai pelajar ada juga cabarannya..nak pula kita yang berkeluarga. Kewangan adalah antara perkara yang kadang-kadang merunsingkan jiwa. Ye la, sewa rumah ikut minggu bukannya bulan...seminggu sahaja dekat AUD340 kena bayar. Duit elaun yang majikan bagi tu memang cukup-cukup jer. Adalah lebih seratus dua. Duit lebihan ni la yang nak bayar eletrik, internet, barang dapur, pampers anak..secara logiknya memang tak cukup..Alhamdulillah, masih ada gaji di Malaysia yang boleh digunakan sedikit untuk tampung belanja. Isteri tercinta pun banyak membantu dengan menjual nasi lemak dan kuih-kuih hampir setiap minggu untuk memastikan survival kami di australia disamping kerja house cleaning di rumah-rumah orang tempatan di sini.
Alhamdulillah, kawan-kawan banyak membantu kami. Bagi pinjam kereta, bagi itu, bagi ini. Murah rezeki Allah bagi sepanjang kami duduk di sini. Anaknya bro.bayu, Ahmad Gibran juga tak banyak songelnya dengan kesihatanya yang baik dan tidak cerewet untuk hadapi hidup yang serba mencabar ini.
Ikhlas saya katakan, walaupun Australia ini bukan negara majoriti orang Islam, tetapi akhlak rakyatnya mungkin lebih Islamik dari kita. Dengan kebersihannya, sopan santunya, budi bahasanya, disiplinnya..memang jauh meninggalkan rata-rata rakyat di Malaysia. Waluapun tidak semua yang begitu, tapi sistem nilai yang diakui bersama di sini cukup cantik dan tidak salahnya kalau kita mengambil contoh amalan hidup yang baik yang mereka amalkan. Budaya rasuah juga tidak ada bila kita berurusan dengan pihak berkuasa. Kalau di negara-negara Islam termasuk Malaysia, saya rasa perkara ini susah betul nak diamalkan . Buat fitnah sahaja pada agama yang suci. Mereka yang akidah bertentangan dengan Islam pula yang menjuarai dari segi akhlak dan amalan mulia yang dianjurkan oleh Islam.
1 comment:
salam bro bayu.ada bilik kosong tak nak sewa?sy akn pergi ke brisbane pd ptengahan bulan april.sy intend nk sewa untuk 2 bulan..by the time bulan 6 ada batch baru dtg..then baru sy akan sewa dgn budak2 lain yg dtg bulan 6..sy perempuan la tapi..
Post a Comment