Sunday, November 11, 2012

JanjiMu Illahi

Begitulah tajuk post saya pada kali ini, JanjiMu Illahi...ia sebenarnya diinspirasikan dari perjuangan saya ingin melanjutkan pelajaran di tempat orang dan juga cuba menyelami dan merasai perasaan anak-anak murid saya di kolej-kolej profesional MARA yang pernah saya kenal, mereka ini rata-ratanya pernah gagal dan kecewa dengan sistem pendidikan pada peringkat secondary ataupun primary namun cuba bangkit apabila memasuki horizon pengajian tertiari yang disediakan MARA...ia telah diabadikan di dalam lagu saya yang telah dipersembahkan pada Majlis Konvokesyen KPM 2012 di PICC pada akhir bulan Oktober. Pada mulanya saya agak keberatan menghasilkan lagu ini memandangkan saya berada jauh dari pelajar-pelajar yang mempersembahkan lagu ini dan susah untuk saya melatih dan monitor mereka...namun komitmen yang telah ditunjukkan mereka menyebabkan lagu ini telah berjaya dipersembahkan di hadapan ribuan penonton pada 2 sidang konvokesyen. Selain "JanjiMu Illahi", mereka juga berkesempatan mempersembahkan lagu "Cinta Yang KuDamba" iaitu johan lagu puisi sempena Minggu Bahasa KPM pada tahun 2010 (seingat saya)....

Sebelum persembahan, pihak komiti Majlis Konvokesyen telah meminta unit persembahan melakukan sedikit preview kedua-dua lagu ini supaya semua komiti yang hadir berpuas hati, maklumlah, ramai orang besar akan hadir sebagai tetamu utama majlis ini..so saya telah meminta bantuan AJK persembahan yang lain seprti UJ, Gee, dan Hazaniah untuk menguruskan rakaman video preview (kredit kepada mereka).....ketika preview dipertontonkan...memang banyak komen2 negatif terhadap lagu-lagu saya..antaranya
"kenapa lagu ni slow sangat, takut audience tertidur,", "ini nasyid ke apa?" dan sebagainya....mungkin juga kualiti rakaman video yang dirakam menggunakan Handphone menyebabkan ramai memberi komen yang negatif disebabkan audio yang kurang jelas...biase ler tu....yang penting, saya sendiri tahu kemampuan 2 lagu ini untuk menyampaikan mesej yang mendalam dan menghiburkan audiens...kalau tak, tak jadi johan le kan? dan yang penting setiap lagu saya mesti akan berkait dengan Pencipta (walaupun ada orang cakap "balik-balik ketuhanan..cubalah tulis lirik yang lain sikit)....saya memang against dengan cakap-cakap yang begini sebab seluruh hidupku kita mestilah lillahi Ta'ala...kalau tak, takde maknenye....betul tak?

Buatlah lagu sehebat mana pun lirik dan iramanya...ia akan kedengaran kosong (macam lagu Kosong Najwa Latif) dan akan sekadar sedap didengar tanpa dapat megetuk jiwa-jiwa kita yang mungkin berkarat dek dosa dan noda ni....kalau tak takyah nyanyi kalau setakat nak tunjuk kehebatan vokal atau nak pamerkan kehebatan bermain instrumental muzik..kan?

Persembahan ini lebih bermakna saya kira disebabkan lirik lagu "JanjiMu Illahi" ini telah saya olahkan menjadi puisi yang diselitkan di dalam Buku Program majlis yang diedar kepada semua hadirin...untuk ditatapi dan dihayati bersama. Apa pun mari kita hayati bait-bait lirik buah tangan terakhir saya pada tahun 2013 (dan sebelum saya berehat untuk melanjutkan pelajaran) ...terimalah "JanjiMu Illahi"


Sungguh jauh kurasa,
'tuk ke menara pengharapan,
Lalui onak berduri,
Kembara ilmuku, kian terhalang,

Daku hampir jatuh, menongkah arus,
ke destinasi,
Namunku, harus bangkit kembali,

Chorus

Lantas kuberdoa, moga dikurnia,
Keazaman waja, membuah dijiwa,
Kuterus berusaha,
Kan cekal berjuang, walau terkecewa,
Kerna kupasti dan kupercaya,
JanjiMu Ya Illahi,

Restu ayah dan bonda,
buat bekalan ke puncak jaya,
Didikan para murabbi,
Sentiasa tersemat di dalam hati,

Daku hampir jatuh, menongkah arus,
ke destinasi,
Namunku, harus bangkit kembali,

Lantas kuberdoa, moga dikurnia,
Keazaman waja, membuah dijiwa,
Kuterus berusaha,
Kan cekal berjuang, walau terkecewa,
Kerna kupasti dan kupercaya,
JanjiMu Ya Illahi,

Tidak pernah kuberserah,
Pada takdir yang terubah,
Kubukan ingin mengubah,
Sekadar ingin berubah,
Tawakkal pada Yang Esa,
Kupasti akan berjaya,

Ulang chorus,

Lagu dan lirik: Azalan Bayu Zakaria (inspired by Allah)


P/S: Persembahan pada majlis konvokesyen nyata tidak menghampakan sehingga orang atasan berkenan menambah peruntukkan persembahan untuk diberikan pelajar yang mempersembahkan lagu ini. Kredit pada pelantun vokal utama, Saudara Abdul Jalil Ikram, Mohd Waliyuddin serta barisan pemuzik BP akustika. Juga terima kasih kepada unit persembahan yang menolong saya secara langsung dalam menjayakan persembahan bermakna ini. Kalau ada video nanti, insyallah saya akan postkan di blog ini





4 comments:

Anonymous said...

Остренькое! [url=http://aftertube.net.ua/tags/%EF%E8%F1%E5%F7%EA%E0/]писечка[/url] Здесь [url=http://aftertube.net.ua/tags/%EE%ED%EB%E0%E9%ED/]онлайн[/url]

Anonymous said...

Excеllent beat ! I ωіsh to apprеntiсe
eνеn aѕ you amеnd your web sitе, how could i subsсгibе for a blοg
site? The aсcount hеlpeԁ me a appropriate deаl.
I have beеn а little bit аcquaintеd
of this youг broadсast provіԁed ѵiѵid tгansрarent concept

Also νisіt mу homеpаge payday loans

Anonymous said...

geotorelxzp consolidation loans
consolidation loan

Unknown said...

Thank u sir..sangat terharu sebenarnye bila baca kisah lagu ni..tapi alhamdulillah berkat doa semua..lagu ni sangat menjadi igauan buat semua...tahniah sir..inshaa Allah sy akan dptkan pemuzik utk lgu ni n bg sir dgr.. tq sir