Sambungan dari post Kembara Australia 1;
Sebagai pelajar di bumi asing, tidak lengkap kiranya, bro.bayu tidak berkongsi pengalaman tentang sistem pendidikan di universiti di sini. Alhamdulillah, rezeki Allah, bro.bayu diterima belajar di University of Queensland di kampus St. Lucia, begitu berhampiran dengan rumah sewa di kawasan Taringa. Bro.bayu akan hanya berbasikal ke kuliah memandangkan itulah cara yang paling murah dan dapat menyihatkan badan. Kira-kira 2 kilometer itu sudah menjadi perkara biasa untuk bro-bayu berbasikal hampir setiap hari ke sana. Lelah dan penat juga kadang-kadang tu. Ye la, di Australia, sistem jalan rayanya ketika dibuat tidak akan mennggondol bukit atau tanah tinggi sepertimana di Malysia, tapi dibiarkan begitu shaja, jadi kadangkala bila berbasikal untuk melalui kawasan-kawasan seperti itu, banyak tenaga diperlukan..selalunya basikal itu akan dituntun sahaja bila menaiki kawasan yang tinggi. Nikmatnya, tatkala berbasikal menuruni jalan-jalan raya.dengan angin sepoi-sepoi bahasa, ditambah pula dengan kelajuan hampir maksima basikal yang ditunggangi, bro.bayu akui, ini adalah saat yang paling nyaman untuk dirasai dalam kehidupan.hehe
Pensyarah-pensyarah di sini teramatlah baik dan membantu. Itu tidak bermakna mereka dengan mudah boleh memberikan kita gred yang tinggi, tetapi mereka akan memberikan sepenuh perhatian kepada kita, tambahan lagi kalau kita selalu bertanya atau membuat konsultasi dengan mereka. Rata-rata pensyarah bukanlah orang tempatan kerana hanya 2,3 orang shaja yang datang dari Australia. Selebihnya dari Jepun, Iran, Amerika dan sebagainya. Kelas-kelas bro.bayu kebanyakannya di sebelah petang, bermula jam 4 petang. Maka, masa ulangkaji sendirian atau bersama rakan-rakan kuliah selalunya akan dibuat di sebelah pagi. Jarang sekali, waktu hujung minggu dicuri untuk aktiviti akademik dan disebabkan itu memberi peluang kepada bro.bayu dan isteri untuk berniaga menjual makanan pagi kepada pelajar-pelajar pada hari Sabtu dan Ahad untuk berehat atau berjalan makan angin sekitar Brisbane jika ada rezeki.
Sistem di universiti juga amat canggih. Segala tugasan dihantar secara maya dan dicetak bila perlu shaja. segala keputusan setiap semester hanya diperolehi juga melalui maya. Memang diakui E-Learning di universiti ini memang hebat dan mantap. Fasiliti seperti perpustakaan, jaringan internet dan kemudahan-kemudahan lain juga cukup kondusif dan tidak membebankan pelajar. Cuma yang mungkin bro-bayu tidak berkenaan adalah dress code atau etika pemakaian oleh pihak universiti yang tidak ketat. Memang ramailah rakan-rakan kuliah yang berpakaian seperti hendak ke kelab malam atau hendak berjogging sahaja. Terdedah sana sini...Memang iman kena betul-betul kuat. Bayangkan ketika musim sejuk pun mereka boleh berpakaian yang terlalu terdedah, apatah lagi musim-musim yang lain..