Pikauan itu terlalu syahdu,
Rawan hati masih terharap,
Dikeluar fatwa dikasi jiwa
Menujah keadilan menghapus kerakyatan
Ala Gestapo dirancangberitakan,
Kepada ummah yang berkesedaran,
Kami bukan jagak lelanang,
Hanya membedah kebatilan,
Demokrasi bernanah darah,
Tidak berpenawar tak berkesudahan,
Dek insan yang berahi kuasa,
Hati yang tulus menentang jasad terculas,
Terbeban berkurun di pundak marhaenis,
Sekian lama mereka berjuang setia,
Menampan kebobrokan sang pemerintah,
Lantas dahagi yang tersilu yang mereka pilih,
Agar tidak ada yang menangis,
Pilihan khatam mungkin diduga,
Berjumpa raja meminta titah,
Harus bagaimana hadapi pendagi,
Gelombang ummah menghentam sanggah,
Mendengar tidak apatah lagi merubah,
Pidana terbentang hanya hiasan
Luhur hati pendeta mulia,
Lupakan anugerah yang dikurniai,
Tiada berbeza mencemar duli,
Menentang kezaliman tribulasi mencengkam,
Pelbagai tekanan bermacam amaran,
Hanya menguatkan semangat tersemat,
Lolongan manusia tiba-tiba bergempita,
Kononya ingin membela golongan murba,
Walhal ingin menjadi wira dusta di sana,
Katanya dahagi itu hanya mengecah,
Ketenteraman sejagat yang mereka cipta,
Kononya...
Mereka dakwa mereka seperkasa Tuah,
Mereka sabda darah itu merah menyala,
Tidak dapat dihenti oleh sesiapa sahaja,
Berpencak mengamuk itu yang dikata,
Namun mereka terus alpa,
Allah itu Maha Berkuasa,